Followers

Tuesday, April 19, 2011

Gempar!! ArtCom terkilan dengan keputusan yang dibuat...

19/4/2011, Selasa


Kota Kinabalu- Art UMS Community ArtCom terkilan dengan keputusan yang dibuat oleh BottomLeft dan BottomRight Dance Group apabila mereka membuat keputusan ingin meninggalkan halaman ArtCom disini hari ini. ArtMin kepada ArtCom hanya mampu pasrah dengan keputusan tersebut setelah berusaha memujuk mereka. Ketua kumpulan bagi kedua-dua Group tersebut telah memberi alasan bahawa ingin mencari pengalaman yang lebih banyak dalam bidang tarian. Hal ini kerana, mereka berasa rendah diri apabila melihat ahli-ahli yang mendaftar secara online sebagai ArtLumni dan ArtFan merupakan bukan calang-calang orang.

Meon,21 ketua kumpulan BottomLeft Group berkata, "Kami berasa segan dan terasa kurang pengalaman kerana hanya tahu menari tarian moden. Selepas ini saya dan rakan-rakan akan cuba untuk menari tarian Zapin pula" katanya disini setelah ditemubual semasa keluar daripada HQ ArtCom.

Limah,20 pula berkata "Saya rasa saya tidak layak untuk menjadi Ketua Kumpulan BottomRight Group kerana tidak tahu mengajar mereka (2 ahli kumpulan ini) tarian Tradisi Sabah . Selepas ini, saya akan mencari ilmu sampai saya boleh mengajar mereka Tarian Sumazau." Katanya selepas mereka bertiga akan berpisah. Mereka sempat berpelukan sesama mereka sebelum meninggalkan HQ ArtCom dan menaiki bas T.U.T.

ArtMin ArtCom pula berkata bahwa "Biarlah mereka. Tiada apa yang boleh dilakukan. Saya tidak suka memaksa. Apa yang lebih penting adalah mereka pasti kembali dengan membawa ilmu yang lebih mantap. Dan kepada semua ArtLumni dan ArtFan, ini bukan salah anda, tetapi ini adalah pendorong mereka untuk mencari ilmu kesenian dengan lebih mendalam. Sama seperti anda yang tidak pernah kata tidak kepada kesenian. Teruskanlah menyokong Indsutri Kesenian dan Kebudayaan Negara."

ArtLister bagi "ArtTV Press" kemudiannya bersalam dengan ArtMin dan mengucapkan babai.
ArtLister,
AcilKecik

Share/Bookmark

No comments:

Post a Comment

Facebook ArtFans