Followers

Tuesday, August 10, 2010

Alkisah ARTUMS

Artums merupakan sebuah kelab yang dianggotai oleh pelajar-pelajar Universiti Malaysia Sabah. Keanggotaan kelab ini adalah terbuka kepada semua pelajar. Kebanyakannya adalah dari pelajar Sekolah Pengajian Seni. Banyak aktiviti yang telah dan akan dibuat sepanjang kelab ini ditubuhkan. Bersesuaian dengan nama kelab itu sendiri, para ahli kelab akan didedahkan dengan pelbagai jenis tarian tradisional dan moden. Tenaga pengajarnya juga mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang tarian. Pengalaman dari dalam dan luar negara sudah tentunya dapat menggamit setiap ahli kelab untuk menceburi bidang tarian ini. Melalui yuran yang dikenakan sebanyak RM7.00 setahun, para ahli akan mendapat faedah seperti penari profesional yang mengambil khidmat tarian di luar!,Hal ini kerana setiap ahli akan diajar mengenai teknik-teknik tarian yang betul secara intensif. Peluang sebegini sangat jarang kita temui sekarang. Sejajar dengan misi kelab untuk meningkatkan industri tarian di Malaysia khususnya Sabah, para ahli akan berpeluang untuk mewakili universiti, negeri dan seterusnya negara ke persada bidang tarian global. Disamping itu, secara automatiknya para ahli juga akan berurusan dengan orang-orang besar dalam bidang ini atau bidang lain melalui persembahan pementasan jika di demand oleh orang-orang sebegini. Hubungan akademik para pelajar juga akan semakin meluas. Sekiranya ahli-ahlinya keluar daripada UMS, mereka sudah mempunyai link-link yang baik dalam bidang-bidang mereka. Selain daripada itu, para ahli juga akan berpeluang untuk belajar tentang pengurusan organisasi dengan melantik dalam kalangan ahli Ahli Jawatankuasa tertentu. Justeru, pelajar tidaklah berasa kekok sekiranya ditugaskan dalam sesebuah organisasi kerana sudah dibiasakan semasa menjadi ahli kelab ini. Secara ringkasnya, sangat banyak benefit yang kita boleh ambil dengan menganggotai kelab ini.

Share/Bookmark

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Tambahan Alkisah:- Kelab Tari UMS di tubuhkan pada tahun 1996 yg di namakan Kelab KENARI di bawah seliaan HEP, UMS. Dan ianya ditukar nama kepada ARTUMS 2005 hingga sekarang.YDP pertama Hj.Masrin Kasman pelajar SPE, UMS (dibawah jagaan dan diasaskan bersama oleh Abd.Latiff Salleh. Oleh kerana beliau ditukarkan ke Pusat Kokurikulum dan Kesenian maka Kelab tersebut di bawa PKK dan di bawah selian PKK dan seterusnya bila sek.SENI di tubuh kan pada tahun 1999 maka kelab tersebut di bawah seliaan Sek. SENI.Fungsi asalnya adalah membuat aktiviti seni persembahan tari dan menarik minat siswa/siswi membantu menengahkan / memantarbatkan budaya seni ke mata masyarakat. Walau bagaimana pun ajk kelab berusaha memperluaskan aktiviti tersebut dgn membuat kajian budaya seni dgn kerjasama yg dulu dikenali dgn Kekwa/JKKN di antarnya ia lah suku kaum Rungus Kudat, bajau Sama Kota belud dan bajau/Suluk semporna. Sehingga sekarang pemimpinya YDP yg ke 13, tahniah kpd AJK tertinggi & ahli2 serta ahli2 Alumni Kelab Tari KENARI/ARTUMS kerana telah membantu mengerakan aktiviti Kelab TARI tersebut. Salam.

    ReplyDelete

Facebook ArtFans